Pembangunan laman ini merupakan salah satu aktiviti di bawah ‘Inisiatif MOSTI 2019’ bagi menyediakan platform capaian data terbuka bagi data mentah sains dan penyelidikan yang terdapat di jabatan dan agensinya. RADARS mempunyai fungsian pengkatalogan, penerbitan dan visualisasi yang lengkap yang membolehkan kita berkongsi data dengan mudah dengan orang awam.
Kami menjemput anda untuk meneroka RADARS dan memanfaatkan data mentah sains dan penyelidikan MOSTI bagi menjalankan penyelidikan lanjutan dan mencipta penyelesaian yang lebih inovatif.
Kami percaya RADARS akan membawa kerajaan lebih dekat kepada rakyat khususnya komuniti Sains, Teknologi dan Inovasi dan mencetuskan lebih banyak aktiviti-aktiviti R&D bersama untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan negara tercinta kita.